ABIMPerak Online

Selamat Datang ke ABIMPerak Online

 

Visi ABIM
Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah Abad 21.

Misi ABIM
Gerakan Islam Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Islamiyyah.

Budaya ABIM
# Menghayati Budaya Ilmu
# Menghayati Amalan Kerohanian
# Menghayati Amalan Shura dan Amal Jama'iyy.
# Memahami dan Melibatkan Diri pada Isu Semasa.
# Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah.

Pautan Jaringan

 





 

 

 

 

 

Siasatan JAIS Ikut Lunas Undang-undang

 

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam bersetuju tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu menyiasat ibu kanak-kanak mangsa dera dan bunuh, Syafia Humairah Sahari. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, arahan yang dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah mengikut peruntukan undang-undang.

“Jais mempunyai hak untuk menjalankan siasatan ke atas Siti Nurhanim kerana disyaki bersekedudukan dengan teman lelakinya, sedangkan dia masih belum bercerai,” katanya. Menurutnya, Islam mengharamkan umatnya bersekedudukan dan mempunyai hasil hubu- ngan perkahwinan yang tidak sah. Beliau juga berharap kejadian yang berlaku kepada Syafia Humairah dijadikan iktibar.

Syafia mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya dekat kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, malam Khamis lalu. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim, 25 dan Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana disy:aki terbabit dengan kesalahan jenayah.

 

 

ABIM khuatir facebook jadi ruang tidak sihat
Feb 11, 10 7:34pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kes penyiaran komentar yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam lamanweb sosial Facebook seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Ini memandangkan penyiaran komentar ini menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan sesetengah pihak akan sensitiviti isu-isu tertentu di kalangan umat Islam, kata Setiausaha agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Semalam, seorang pegawai eksekutif sebuah syariat keselamatan, Mohamad Faizal Abdul Raub mmembuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam Facebook, baru-baru ini.

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Travers di ibunegara kira-kira jam 11.30 pagi.

Mengulas lanjut, Mohamad Raimi berkata Abim khuatir jika fenomena ini dibiarkan berterusan, ia akan membuka ruang kepada perbincangan yang tidak sihat dan mampu merobek keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

"Kebimbangan ini dilatari dengan kemunculan beberapa isu sensitif yang dikaitkan dengan para pengguna lamanweb sosial semenjak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, menyedari implikasi besar terhadap kestabilan politik negara, (maka) Abim menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan secara terperinci.

dibuat oleh pihak berkuasa serta mengenakan tindakan yang tegas berdasarkan kepada undang-undang serta enakmen-enakmen yang berkaitan sebagai suatu pengajaran.

Abim menyeru agar setiap lapisan masyarakat agar memahami serta menghormati sensitiviti yang sedia ada di kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini dalam medium interaksi terbuka seperti Facebook dan lamanweb soal, untuk mengelak sebarang implikasi negatif terhhadap persefahaman, keharmonian, tolenransi dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.


 

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER

Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan  Datuk Seri

 
Anwar dengan aksi liwat.

Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab.

Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan.Siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Kami berpendapat bahawa penyiaran gambar lain yang mencolok mata yang melibatkan individu lain seperti gambar separuh bogel yang diubah suai dengan wajah  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam blog “anwar al-juburi” turut diambil tindakan yang sewajarnya.



 

Bertarikh pada   08   haribulan   Februari  2010

 

NAMA                    : …………………………………………………………..

NO.KP                   :……………………………………………………………

JAWATAN             : …………………………………………………………..

PERTUBUHAN       : ……………………………………………………………

 

Keputusan hak penjagaan anak Indira pada 3 Februari