ABIMPerak Online

Berita ABIM Perak



TASKI ABIM Al-Hidayah

 

 Pendaftaran TASKI ABIM Al-Hidayah (Parit) dibuka Sekarang!  Tempat Terhad  . Hubungi kami di Talian 012 449 6529 (Guru Taski)


 

 

KEPIMPINAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (PERAK) 2009/10

"Muslim Youth Movement Malaysia"

"Menegakkan Kebenaran dan Keadilan"

Chemor,5 September 2009 : Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) negeri Perak telah mengadakan Program Iftar Jama’Ie dan penyerahan beras kepada ibu tunggal dan fakir miskin didaerah Kinta. Program ini bertempat disekolah SERI Al-Ummah Chepor. Program yang dihadiri oleh Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Tuan Hj Suhaimi Latip dan Pengerusi Wadah Pencergasan Ummah(WADAH) Ustaz Yaakob b Din

Ustaz Khairil Amri selaku pengarah program menjelaskan bahawa, program ini  dibuat adalah untuk mengukuhkan silaturahim dikalangan ahli ABIM dan selain memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan fakir miskin daerah Kinta dalam bentuk bekalan beras. Pada majlis ini kami memberi sebanyak 45 kampit beras berserta keperluan lain seperti tepung dan minyak kepada 45 ibu tunggal dan fakir miskin yang turut serta hadir dalam program berkenaan. Sumbangan beras ini diperolehi daripada sumbangan individu dan syarikat-syarikat korporat sekitar negeri Perak.Menurutnya lagi melalui program ini kita mahu membela nasib rakyat tanpa mengkira fahaman politik bangsa dan agama. Program seperti ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan didaerah Kuala Kangsar dan seterusnya ke daerah-daerah sekitar Perak yang lain. Sehubungan dengan itu kita mengharapkan lebih ramai penderma tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan lagi program-program selepas ini.

Ucapan ringkas YDP ABIM Perak pula mengingatkan bahwa nilai sumbangan adalah tidak penting tetapi yang lebih bernilai adalah apa yang disumbangkan. Angkatan Belia Islam Malaysia berhasrat meneruskan program ini pada masa hadapan bagi membolehkan golongan ibu tunggal dan fakir miskin menikmati suasana ramadhan yang lebih bermakna seperti masyarakat Islam yang lain.

Beliau seterusnya memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tampil memberi sumbangan dalam bentuk wangringgit dan beras serta yakin ia akan memberi manafaat kepada ibu tunggal dan fakir miskin di negeri Perak.

Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini diserikan dengan takzirah dan bacaan tahlil sementara menunggu tibanya waktu berbuka.

ABIM seterusnya berharap memperolehi sebanyak mungkin sumbangan dan kepada mereka yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menghubungi penyelaras program sekampit beras, saudara Ramdani b Abd Karim di talian 019-5757595.




MESYUARAT TERTINGGI PIMPINAN HELWA : "PENYUSUNAN DAN PENGUKUHAN GERAKAN DAKWAH"
MAAHAD ALUMMAH,CHEPOR 23 Ogos : Berlangsung dalam suasana gerakan dakwah, satu taklimat telah diadakan disini.Alhamdulliah,sesi taklimat dari Exco ABIMnegeri dan kemunculan golongan HELWA yang datang dari seluruh pelusuk daerah negeri berjaya menungkilkan beberapa gerak kerja yang antara lain bertujuan menyusun dan mengstuktur gerakkan ABIM khususnya diperingkat HELWA. 
 
Pertemuan yang berlangsung hampir 5jam membicarakan strategi dan melantik exco-exco HELWA bagi menyusun,mengatur seterusnya merencanakan takwim tahunan diperingakat HELWA ABIM.Dibarisi oleh mantan pimpinan gerakan dan pelajar,HELWA 2009/10 dilihat senada perkasanya bagi menangani isu mendesak dan kemelut umat.Adalah menjadi harapan,pimpinan ABIMNegeri dan HELWA negeri yang mendatang berjaya menjadikan visi dan misi ABIM itu terlaksana dalam ruang yang dirahmati ALLAH Swt.Insyaallah.
 
 
 
 
ZIARAH TOKOH : TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ B NIKMAT DAN MANTAP TIMBALAN PREDISEN ABIM, USTAZ MUSTAPHA
 
PULAU MELAKA,KOTA BHARU 22 Ogos : Misi jalinan ukhwah ABIMPerak sesi 2009/10 dimulai dengan program ziarah ke kediaman Tok Guru Nik Adbul Aziz(Menteri Besar Kelantan) dan Ustaz Mustapha(Mantan Tim.Presiden ABIM) di sini.Atas semangat awal ramadhan, kami berbesar hati diatas sambutan kedua-dua tokoh tersebut.Mensifati keperibadian mereka, delagasi yang diketuai YDP ABIMnegeri berjaya menyatakan pendirian ABIMnegeri diatas beberapa isu mendesak ummat masakini.YDP dan exco negeri seterusnya mengambil kesempatan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.Allahhukabar..
 

 
*Ramadhan pertama di negeri serambi Mekah:Kelantan
 
 
PERSIDANGAN GABUNGAN BERKAITAN ISU PEMBELAAN ATAS HAK SAUDARA BARU(MUALAF) DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KOTA BHARU, 22 Ogos : ABIM Negeri Perak telah diundang untuk menghadiri persidangan bersama Gabungan NGO-NGO Islam Kelantan yang diadakan dibangunan JKR10,Kota Bharu Kelantan. Persidangan peringkat tertinggi tersebut membincangkan 'AGENDA ISLAM DAN PERTUKARAN AGAMA' yang dihadiri oleh ABIM Kelantan,MACMA Kelantan,KIMA Kelantan,Persatuan India Muslim Kelantan,TERAS Kelantan, dan ABIM Perak. Persidangan julung kali ini adalah untuk mewujudkan beberapa portfolio berkaitan isu pembelaan kepada saudara baru,hadanah(tuntutan anak) bawah umur mengikut syariat Islam dan perlembagaan Malaysia. 
 

-Sekitar Persidangan NGO Islam Kelantan-

Pada persidangan berkenaan, ABIM Perak diminta untuk memberi cadangan,plan tindakan dan langkah gerak kerja bagi memastikan kelicinan agenda tersebut bagi menghadapi beberapa kemungkinan yang mendatang.Deligasi dari ABIM Perak diwakili oleh YDP ABIMnegeri(Ustaz Suhaimi b Latip), TYDP(Ustaz Saidi b Adnan) Exco Pehubungan(Ustaz Khairil Ambri) dan Exco Penyelidikan dan Pembangunan(Sdra.Ramdani b. Abd Karim). Pertemuan yang berlangsung selama 5 jam itu berjaya membentuk beberapa resolusi antaranya mewujudkan JAWATANKUASA BERTINDAK bagi kempen kesedaran,JAWATANKUASA KEBAJIKAN dan JAWATANKUASA BANTUAN PERUNDANGAN KHAS.ABIM Perak sekali lagi diberi pengiktirafan untuk memperincikan lagi resolusi berkenaan yang diwakili oleh beberapa Jawatankuasa peringkat perundingan pada rundingan seterusnya.
 
*Kediaman JKR 10,Kota Bharu ..bekas kediaman Dato Asri Muda..
 
 
 
 
KUNJUNG ZIARAH : 'Seorang, 1 Ahli'
SERI ABIM Taiping, 20 Ogos : Dalam usaha memperkasakan ABIMPerak,satu kunjung ziarah telah diadakan di SERI ABIMTaiping pada malam 20 Ogos yang lalu. Pertemuan Pra-Assyirah ini berjaya mengumpulkan beberapa pimpinan diperingkat negeri dan daerah yang berlangsung pada jam 9.30 malam selepas solat isya' berjamaah dan dipergerusikan oleh Mantan Exco Negeri Tuan Mustafa yang dihadiri seramai 8 orang pimpinan daerah serta 6 orang pimpinan ABIM Negeri.
 
Pertemuan 2 Jam ini berjaya merangka dan membincangkan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan sempena sambutan Ramadhan dan Aidilfitri.Tidak ketinggalan juga pelancangan 'Seorang, 1 Ahli' yang dilancarkan oleh Yang Dipertua ABIM Perak, Hj Suhaimi b Latip bagi mencetak seberapa ramai ahli bagi meneruskan perjuangan,misi dan visi ABIM sebagai juru bicara ummah.Dengan jayanya, kunjung ziarah berkenaan diharap membuka lembaran kepada pimpinan muda ABIM negeri untuk bergerak cergas dengan sokongan dan dokongan daripada warga ABIM negeri.
 
*harap tamrin kali ini dipenuhi pemuda pemudi islam